Ewon Ebin

Datuk Dr Ewon Ebin, PGDK; JMN, adalah Ahli Dewan undangan Negeri Sabah, kawasan N31 Paginatan,Sabah setelah menang bertanding atas tiket BN dalam Pilihan raya umum Malaysia 2008.Beliau salah seorang dari 10 wakil Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) yang bertanding pada tahun 2008. Datuk Dr Ewon Ebin kini merupakan Menteri di Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia pada Mei 2013 dalam Kabinet Malaysia 2013.[1]Tesis beliau di Universiti Malaya 1978 ialah 'Suatu Kajian Undang-Undang Adat Dusun Ranau di Sabah mengenai Perkahwinan, Perceraian dan Warisan'. Beliau begitu berminat tentang permasalahan masyarakat pribumi di Sabah.[2]
Pada 14 Mac 1994, beliau terlibat sama dalam Resolusi Seri Gaya untuk menubuhkan Parti Demokratik Sabah (PDS) . Resolusi ini ditandatangani oleh hampir semua wakil rakyat Parti Bersatu Sabah (PBS) di Seri Gaya. Seri Gaya ialah kediaman rasmi Ketua Menteri Sabah ketika itu, Datuk Joseph Pairin Kitingan.

Ewon Ebin

Lahir (1954-06-26) 26 Jun 1954 (umurĀ 65)
Pekerjaan Ahli politik
Didahului oleh Konstituensi baharu
Digantikan oleh Siringan Bin Gubat
Pasangan Datin Dana Untol
Parti politik BN-UPKO